Universiti Malaysia Sabah (UMS) Outdoor Development
Centre (ODEC) Beach, Pantai ODEC UMS.
Pada 23 Oktober 2019, jam 10.43 pagi Pantai ODEC UMS merupakan
lokasi pertama bagi kajian dijalankan. Pantai ini merupakan mercu tanda yang
terdapat di Universiti Malaysia Sabah. Ia adalah tempat untuk aktiviti luar
diadakan seperti program berkelah, sukan pantai atau retreat. Pantai ini
dibahagikan kepada tiga zon A, B, C dan kapasiti maksimum adalah 300 orang.
Koordinat bagi pantai ini ialah 6°02'42.1"U
116°06'43.5"T, darjah kecerunan pula ialah 10 meter dari aras laut. Pada
utara pantai ini ialah daerah Karambunai, di barat laut pula terletaknya Pulau
Sepanggar dan di bahagian barat daya pula terletaknya Pulau Gaya.
Gambar 1: Peta Geoglogi bagi kawasan kajian
Karambunai
Koordinat yang diambil bagi Karambunai ialah 6°6'1"U 116°7'26"T daearah yang terletak lebih kurang 26.5 km dari Kota
Kinabalu. Di bahagian utara Karambunai merupakan Laut China Selatan, sebelah
barat daya terdapat Pulau Sepanggar dan Pulau Gaya manakala selatan daerah ini
pula ialah Pantai ODEC UMS. Sungai-sungai yang berhampiran yang akhirnya
mengalir masuk ke Pantai Barat Sabah dan akhirnya ke Laut Cina Selatan ialah
Sungai Tuaran, Sungai Petagas, Sungai Papar dan Sungai Mulau.
Pantai ODEC UMS dan Karambunai ini terletak di
pinggir Laut Cina Selatan. Menurut skala geologi, kawasan-kawasan berikut
merupakan batuan pada zaman pleistosen 2.588 juta hingga 12 000 tahun yang meliputi
zaman pengglasieran berulang-ulang yang paling
terkini sepanjang sejarah dunia. Batuan-batuan zaman ini terdiri daripada tanah
liat, pasir, lumpur dan tanah gambut.
Peta 1: Daerah Karambunai
Pinggir Pantai
Pinggir pantai merupakan
daratan yang berhampiran gigi air laut dan terlibat dengan pasang surut ombak.
Pinggir pantai mengandungi pasir, tanah liat, lumpur, kelodak serta kulit
cengkerang dan siput yang dibawa dari laut dan sungai. Pembentukan pinggir
pantai melibatkan proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan. Agen-agen proses
tersebut ialah air dan angin.
Proses
Bentuk Bumi Pinggir Pantai
1.Hakisan Ombak
·
Tindakan
Hidraul
Tindakan hidraul
melibatkan hakisan batuan di pinggir pantai yang berpunca daripda tenaga air
laut itu sendiri. Proses ini berlaku apabila ombak atau gelombang merempuh
retakan atau rekahan yang ada pada batuan tepi pantai seperti di tanjung dan di
kaki cenuram. Air laut yang memasuki rekahan batuan akan memampatkan udara yang
terdapat dalam rekahan tersebut dan rekahan itu akan mengembang.
·
Hakisan
Geselan
Hakisan geselan
melibatkan bahan-bahan yang dibawa oleh ombak daripada dasar dan permukaan
lautan yang terdiri daripada beraneka jenis seperti serpihan batu, pasir, dan
kelodak. Bahan ini akan menghakis tebing pantai tersebut apabila dibawa oleh
ombak yang melakukan proses damparan secara berulang-ulang. Ombak bertindak
seperti kertas pasir. Ombak yang terdampar di tebing akan menghakis serta
mengaut bahan-bahan itu secara kikisan,ragutan dan geselan. Tanpa bahan ombak
yang bertindak sebagai agen penghakis, proses geselan itu tidak akan berlaku.
Faktor-faktor
Yang mempengaruhi Hakisan Pantai
Kecerunan Pantai
Pantai yang curam akan mengalami hakisan yang lebih
tinggi berbanding pantai yang bercerun landai. Keadaan ini disebabkan ombak
pecah yang berlaku di pinggir pantai yang landai akan mengalami geseran dan
melemahkan tenagan ombak untuk melakukan hakisan.
Pengaruh Struktur Geologi
Tindakan ombak, terutamanya secara kikisan dan
tindakan hidraul yang menghakis di sepanjang garis geologi yang lemah seperti
gelinciran akan menghasilkan bentuk batu tunggul, batu sisa serta bentuk muka
garis tebing tinggi yang telah terhakis secara tidak sekata.
Gambar 3 :
Bentuk muka bumi kesan daripada hakisan ombak (http://gcgeografismkkn.blogspot.com/2012/07/11b-bentuk-muka-bumi-hakisan-ombak.html)
Kekuatan Ombak
Ombak adalah agen hakisan laut yang paling
berkesan. Ombak terhasil akibat tiupan angin di permukaan laut. Tiupan angin
ini menyebabkan permukaan laut beralun. Tiupan angin yang kuat akan
menghasilkan gelombang yang lebih besar. Tenaga ombak juga penting dlam
menentukan hakisan sama ada kuat, sederhana ataupun perlahan.
Arus lautan juga memainkan peranan sebagai
pengangkutan laut, terutamanya di pantai yang lurus. Air yang dibawaa ke pantai
oleh angin mengalir balik sebagai air pasang yang kuat. Air pasang berlaku pada
waktu malam dan surut pada waktu siangnya.
Litupan Tumbuh-tumbuhan
Pantai yang mempunyai litupan tumbuh-tumbuhan seperti
pokok ru, pokok bakau dan kelapa lebih berupaya menahan hakisan ombak kerana
akar pokok-pokok tersebut bertindak sebagai pencengkam tanih dan pasir di
pantai.
Gambar 5:
Litupan tumbuhan di kawasan kajian (https://www.iproperty.com.my/property/bongawan/tanah-pantai-bongawan-sabah/sale-7787093/)
Angin
Angin merupakan agen pengangkutan laut. Apabila air
laut surut, bahagian pantai yang terdedah ditiup oleh angin ke darat akan
membentuk muka bumi yang lain. Anign yang menjadi pola pusaran air berhampiran
pantai akan mempengaruhi bentuk muka bumi pinggir laut melalui pembantukan
topografi dasar laut, pergerakan mendakan pinggir laut, pola penumbusan dan
kekerapan tiupan angin.
Kedudukan Pantai
Pantai selari yang berteluk dan beralgun mempunyai
kadar hakisan yang tidak sama antara satu sama lain. Profil pinggir pantai sama
ada bercerun landai atau bercerun curam akan menentukan banyaknya tenaga
hakisan ombak yang berlaku.
Gambar 6 :
Orientasi Pantai (https://www.sabaheats.com/getaway-at-nexus-resort-spa-karambunai/)
Pengerakan Tektonik
Pergerakan plat tektonik yang berlaku iaitu
pertembungan antara plat benu dengan plat benua. Pertembungan ini terjadi apabila plat benua
dan benua bertembung maka pinggir kedua-dua benua tersebut sekaligus termampat
dan terlipat lalu akan membentuk banjaran gunung lipat. Ini kerana tidak ada
plat yang menjunam ke bawah kerana kedua-dua plat benua mempunyai ketumpatan
yang sama.
Pergerakan plat tektonik secara Pertembungan akan
menyebabkan berlaku proses lipatan.
Lipatan terjadi akibat mampatan yang dihasilkan oleh pertembungan dua
plat tersebut. Mampatan ialah daya yang bertindak terhadap sesuatu benda yang
berbeza. Selain itu, batuan juga akan mengalami beberapa peringkat perubahan
yang dapat menghasilkan pelbagai henis lipatan seperti lipatan simetri, lipatan
tak sinetri dan lupatan lampau.
Tindakan Manusia
Aktivit-aktivti yang dijalankan oleh manusia boleh
mempengaruhi kecerunan pantai. Aktiviti seperti penebangan hutan pantai untuk
didirikan chalet atau resort, pengambilan pasir pantai dan juga aktiviti
memperdalamkan muara sungai akan menyebabkan cerun pantai menjadi curam. Hal
ini demikian kerana pantai ini akan mengalami hakisan yang kuat oleh ombak dan
arus. Aktiviti menanam pokok dan membina benteng pemecah ombak akan menambahkan
pasir di tepi pantai dan seterunya menjadikan cerum pantai lebih landai.
Gambar 7: Benteng pemecahan Ombak( koordinat
6.042233,116.112930)
Bentuk
Muka Bumi Hakisan Ombak
Tanjung dan Teluk
Tanjung dan teluk terbentuk secara serentak di
kawasan yang pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan berselang-seli antara
batuan lembut dengan batuan keras. Ombak akan menghakis batuan yang lembut
seperti pasir dan batu kapur sehingga membentuk teluk manakala batuan yang
keras seperti batu granit dan tanah liat akan tertinggal membentuk tanjung,
iaitu kawasan daratan yang menganjur ke laut.
Gambar 8:
Tanjung dan Teluk kawasan kajian ( https://geofizikal.wordpress.com/tag/tanjung-aru-kota-kinabalu/)
Tebing Tinggi dan Pentas Hakisan Ombak
Gambar 9:
Pembentukan tebing tinggi dan pentas hakisan ombak ( Buku Geografi Penggal 1)
Pemendapan ombak
Sepanjang persisiran pantai di UMS ODEC
beach, kami dapat melihat beberapa proses pemendapan. Antara bentuk muka bumi
yang terhasil daripada pemendapan ombak iaitu tanjung dan teluk. Teluk merujuk
kepada bahagian yang melengkung kearah daratan. Pembentukan ini disebabkan oleh
agen seperti ombak yang menghakis batuan lembut seperti dolomit, batu kapur dan
batu pasir. Hal ini akan menyebabkan bahagian tersebut terhakis dengan cepat
kearah daratan lalu membentuk teluk. Manakala bahagian batuan yang keras
seperti granit, gabro dan basol yang tahan hakisan ombak akan membentuk daratan
yang menganjur ke laut dikenali sebagai tanjung. Kesanya, arus tersebut
memendapkan bahan-bahan yang dibawa di sapanjang laut menghasilkan bentuk
pemendapan seolah-olah seperti taji.
Gambar 10:
Pemendapan Ombak (https://issuu.com/bukugeografi/docs/nota_pecutan_geo_spm_2013/15)
Seterusnya, pantai yang terhasil akibat
pemendapan ombak. Pantai ialah satu kawasan pinggir laut yang terletak antara
pasang surut air laut. Pembentukan pantai ini terdiri daripada beberapa
bahagian antaranya ialah pantai rebut yang terletak pada aras yang paling
tinggi dan terdiri daripada timbunan batu yang kasar. Manakala permatang pantai
atau berm pula merupakan hasil longgokan batu kelikir oleh ombak Pembina.
Pembentukan pantai ini terhasil daripada bahan yang diangkut oleh sungai
seperti bahan regolit luluhawa dan bahan hakisan serta bahan-bahan dibawa oleh
angina seperti debu dan pasir.
Selain itu, beting pasir yang merujuk
kepada semua bentuk permatang pasir dan batu kerikir yang ditimbun oleh ombak
di pinggir laut. Beting pasir terdiri kepada beberapa jenis antaranya ialah
beting pasir luar pantai. Beting pasir luar pantai ini merupakan permatang
pasir yang rendah dan selari dengan garis pantai. Beting pasir ini terletak di
zon ombak pecah dan dipisahkan dari pantai oleh kawasan laut cetek yang dinamakan
lagun. Sifat beting pasir ini tidak kekal dan akan musnah apabila dilanda oleh
ombak rebut. Manakala beting pasir muka teluk dan beting pasir bucu pantai pula
ialah kawasan pantai yang berteluk-teluk dan hampir menutupi muka teluk dari
laut lepas. Proses pemendapan dari dua arah yang bertentangan menyebabkan
hujung beting pasir tersebut bersambung lalu membentuk beting pasir bucu
pantai. Tombolo pula terbentuk apabila arus persisir pantai mengangkut dan
menyebarkan beting pasir dari pantai hingga bersambung dengan pulau yang
berdekatan.
Proses pengangkutan pinggir pantai
Antara cara pengangkutan pinggir pantai
adalah hanyutan pesisir pantai. Hanyutan ini disebabkan satu aliran air yang
bergerak secara selari dengan pantai yang berpunca daripada pembiasan ombak.
Proses ini akan menyebabkan bahan-bahan seperti pasir, kelodak, tanah liat dan
batu kecil-kecil dibawa oleh ombak ke pinggir pantai dan akan menyebabkan bahan
mendapan tersebut ditolak naik ke pantai. Manakala pengangkutan secara ampaian
pula ialah bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan pinggir pantai yang
hampir dengan permukaan. Proses ini melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti
habuk serta bahan ini sering terampai-ampai berhampiran permukaan air.
Gambar 12: Pengangkutan Ombak (http://www.nexusresort.com/traveller’s-guide/what-to-do)
Cara pengangkutan yang seterusnya ialah
cara golekan bahan mendapan. Pergerakan bahan atau batuan secara bergolek.
Bahan-bahan yang bergerak secara bergolek ini merupakan bahan yang berat dan
berbentuk bulat seperti batu tongkol. Selain itu, bahan-bahan ini diangkut
secara seretan. Hal ini disebabkan bahan yang diangkut ini besar seperti batu
tongkol. Proses ini berlaku sangat perlahan di bahagian dasar. Faktor yang
mempengaruhi pengangkutan ini adalah mengikut saiz bahan, jenis dan bentuk
bahan. Hal ini kerana bahan yang berat seperti batu tongkol diangkut secara
golekan atau seretan manakala bahan yang berat dan berbentuk bulat pula
diangkut secara golekan.
Teori Perubahan Aras Laut
Perubahan Aras Laut Eustatik
Faktor eustatik berkait rapat dengan
perubahan aras laut yang disebabkan oleh pengaruh glacio-eustatism yang berkait
dengan Zaman Pencairan Ais Batu secara Besar-besaran (Pliestosien) kira-kira
satu juta tahun yang lampau. Kejadian ini melibatkan sekurang-kurangnya empat
zaman ais dikenal sebagai Zaman Nebraskhan, Khansan, IIhonian dan Wicconsin.
Pada kemuncak zaman ais ini, berlaku pembekuan secara besar-besaran di darat
sehingga menyebabkan isi padu air laut berkurangan dan menyebabkan aras laut
bertambah dan arasnya terangkat secara perlahan-lahan.
Proses proses pembentukan pantai di Pulau Sepanggar
Sepanggar adalah salah satu subdaerah yang terletak di
tepi pantai barat bandar kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Di pulau Sepanggar
terdapat agen-agen hakisan seperti ombak yang membawa tenaga untuk mengangkut
batuan-batuan dan merupakan agen pemecahan batuan. Ombak dan air pasang turut
menyumbang kepada proses pembentukan pinggir laut disebabkan oleh mendapan yang
berlaku di kawasan yang tidak mempunyai tenaga arus yang kuat. . Selain ombak,
arus juga mempengaruhi proses pembentukan pantai. Terdapat tiga jenis arus yang
bertindak iaitu arus seret, arus tempur serta arus persisir atau arus sepanjang
pantai pulau Sepanggar, Kesemua jenis arus ini terbentuk hasil daripada
kekacauan ombak yang tiba di pantai pulau Sepanggar. Ketiga-tiga jenis arus ini
merupakan punca utama dalam mempengaruhi proses-proses hakisan, pengangkutan
dan pemendapan bahan mendak pantai untuk menghasilkan pelbagai bentuk yang
menarik di kawasan pinggir pantai.
Aktiviti pasang surut air juga
memberi kesan yang besar terhadap kawasan pinggir pantai. Ini disebabkan oleh
satu fenomena yang sentiasa berlaku iaitu perubahan aras air laut yang
disebabkan oleh kesan interaksi graviti bulan, bumi dan matahari. Perbezaan diantara
tikas air pasang dan tikas air surut menjadi suatu tanda aras untuk mengukur
setakat manakah proses hakisan dan pemendapan ombak akan berlaku. Seperti
contoh di kawasan muara atau paya bakau, ia dapat membantu untuk mengenalpasti
sejauh manakah had air pasang. Ia membantu untuk mengetahui kawasan manakah
yang berlakunya proses pemendapan. Ketika air pasang, ia akan membawa segala
bahan enapan dari laut dan akan memendapkannya ketika air menjadi surut. Proses
pemendapan juga akan menjadi lebih laju akibat dari pertembungan air pasang
dengan arus sungai yang menuju ke hilir. Oleh disebabkan itu, di kawasan paya
bakau dan muara sungai terdapat pelbagai nutrien dan sumber makanan untuk
pelbagai spesis hidup.
Di pinggir pantai kebiasaannya
akan terbentuk pelbagai jenis batuan. Pinggir pantai yang terbina terdiri
daripada jenis batuan yang lembut dan mudah untuk terhakis sama ada melalui
cara geselan, larutan atau lagaan. Pinggir pantai yang terbina daripada batuan
keras pula (dari jenis kumpulan batuan igneus) seperti batuan granit biasanya
lebih keras dan susah terhakis. Di kawasan pantai pulau Sepanggar merupakan
pantai yang terdiri dari batuan yang lembut oleh kerana aktiviti hakisan kerap
berlaku.
Rajah 14 diatas menunjukkan rupa permukaan di pinggir
pantai berserta kawasan hakisan ombak.
Di Sekolah Kebangsaan
Pulau Sepanggar, didapati
bahawa struktur
tanah yang menampung bangunan berkenaan mengalami hakisan pantai akibat
terdapat agen hakisan (ombak).
.
Binaan yang terkesan dengan hakisan pantai ialah kawasan yang menempatkan sistem solar hybrid bernilai
hampir setengah juta ringgit bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik yang
terletak hanya bersebelahan dengan blok bilik darjah itu.
Hakisan dan Pemendapan Pinggir Pantai
Proses
pemendapan berlaku kerana bahan-bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan
(tenaga) pinggir pantai telah dimendapkan di pantai atau berhampiran pantai
oleh agen-agen pemendapan pinggir laut seperti ombak, arus dan pasang.
Proses
berlaku
Bahan
yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan (tenaga) pinggir pantai telah
dimendapkan kerana daya tenaga yang ada di kawasan tersebut berkurang.
Faktor Mempengaruhi Hakisan Dan
Pemendapan
1.
Ombak dan arus
Hakisan
pinggir berlaku dengan giat sekiranya ombak yang menyerang pinggir pantai
adalah jenis ombak pembinasa atau ombak yang lebih bertenaga akan giat
menghakis kawasan pinggir pantai. Hal ini berlaku kerana arus bergerak selari
dengan pantai akan memudahkan berlaku hakisan. berupaya untuk menghakis dan memindahkan
bahan dari satu tempat ke tempat yang lain.
2.
Kecerunan
Pantai
yang bercerun curam biasanya mengalami hakisan yang lebih giat.
Bahan-bahan pinggir pantai lebih mudah
diangkut ke laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai.
3.
Jenis dan saiz bahan-bahan
muatan
Beban
yang mengandungi batuan kelikir lebih senang di angkut oleh tenaga ombak dan
dimendapkan. Mendakan batuan kelikir akan membentuk pantai yang lebih luas dan
lebar.
Bentuk Muka Bumi Pemendapan
Konsep
pantai
Pantai
merujuk kepada pemendapan bahan mendak seperti pasir, kelodak. tanah liat,
kerangan dan sebagainya di kawasan pinggir pantai iaitu antara air surut dengan
air pasang hasil tindakan agen-agen (tenaga) pemendapan pinggir pantai seperti
ombak dan arus.
Teori Perubahan Aras Laut
Perubahan
aras laut tektonik
Peningkatan
aras laut yang disebabkan oleh pergerakan endogenetik (dalaman bumi) terutama
di dasar laut seperti letupan gunung berapi, gelinciran dan sebagainya.
Hanya melibatkan kawasan yang kecil atau kawasan-kawasan yang tertentu sahaja.
Perubahan aras laut mendapan berpunca daripada pertambahan bahan-bahan mendapan
di dasar laut atau lautan. Mendapan ini berasal daripada kawasan-kawasan
pinggir pantai yang terhakis.
*
lat/lon: 6°1'5" N, 116°1'47"
E
*
lat/lon: 6.0179966, 116.0298475
*
lat/lon: 6° 1.0798 N, 116° 1.7909 E
*
UTM: 50N 392632.2 665289.3
*
MGRS: 50NLM 92632 6528
Peta Satelit: Pulau Gaya Sabah
Peta geologi: Pulau Gaya Sabah
Sebelum
Zaman Ais, ia membentuk sebahagian daripada julat ‘Crocker Range’ batu pasir
dan sedimen di tanah besar. Walau bagaimanapun, kira-kira sejuta tahun yang
lalu, ais lebur yang membawa perubahan pada paras laut dan sebahagian daratan
telah terputus oleh laut lalu membentuk kepulauan Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau
Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Bukti ini dapat dilihat dari batu pasir
terdedah garis pantai yang membentuk tebing, gua, ‘honeycombs’ dan rekahan dalam.
Lithology
: Eocene – Oligocene
: Red calcareous
sandstone and shale
Flysch-type sandstone, shale, siltstone with
rare tuff, limestone breccia and
agglomerate
Formation : Kulapis (P²Ks)
Crocker (P²Cr)
Hakisan yang berlaku di Pulau gaya : (Hakisan pinggir pantai) -
Hakisan pinggir pantai berlaku akibat proses
semula jadi yang tidak dapat dielakkan di antara daya semula jadi yang saling
bertindak di pesisir pantai dimana ia merujuk kepada suatu proses penghausan,
pengukiran dan pemindahan bahan di kawasan pesisir pantai oleh agen-agen
hakisan pinggir pantai seperti ombak, tsunami, arus dan pasang surut.
Geselan disebabkan tindakan bahan-bahan yang di bawa oleh ombak.
Bahan seperti serpihan batuan, kelikir, pasir, batu lada dan sebagainya
menggesel batuan pinggir pantai. Semakin banyak bahan yang dibawa oleh
ombak, semakin giat hakisan geseran yang berlaku.
Larutan pula disebabkan oleh proses hakisan secara kimia di mana
air laut bertindak melarutkan batuan yang terdapat di pinggir pantai. Ianya
berkesan ke atas batuan yang mudah larut seperti dolomit dan batu kapur.