Sunday, December 15, 2019


Universiti Malaysia Sabah (UMS) Outdoor Development Centre (ODEC) Beach, Pantai ODEC UMS.         
            
Pada 23 Oktober 2019, jam 10.43 pagi Pantai ODEC UMS merupakan lokasi pertama bagi kajian dijalankan. Pantai ini merupakan mercu tanda yang terdapat di Universiti Malaysia Sabah. Ia adalah tempat untuk aktiviti luar diadakan seperti program berkelah, sukan pantai atau retreat. Pantai ini dibahagikan kepada tiga zon A, B, C dan kapasiti maksimum adalah 300 orang. Koordinat bagi pantai ini ialah 6°02'42.1"U 116°06'43.5"T, darjah kecerunan pula ialah 10 meter dari aras laut. Pada utara pantai ini ialah daerah Karambunai, di barat laut pula terletaknya Pulau Sepanggar dan di bahagian barat daya pula terletaknya Pulau Gaya.





Gambar 1: Peta Geoglogi bagi kawasan kajian
Karambunai
Koordinat yang diambil bagi Karambunai ialah 6°6'1"U 116°7'26"T daearah yang terletak lebih kurang 26.5 km dari Kota Kinabalu. Di bahagian utara Karambunai merupakan Laut China Selatan, sebelah barat daya terdapat Pulau Sepanggar dan Pulau Gaya manakala selatan daerah ini pula ialah Pantai ODEC UMS. Sungai-sungai yang berhampiran yang akhirnya mengalir masuk ke Pantai Barat Sabah dan akhirnya ke Laut Cina Selatan ialah Sungai Tuaran, Sungai Petagas, Sungai Papar dan Sungai Mulau.





Pantai ODEC UMS dan Karambunai ini terletak di pinggir Laut Cina Selatan. Menurut skala geologi, kawasan-kawasan berikut merupakan batuan pada zaman pleistosen 2.588 juta hingga 12 000 tahun yang meliputi zaman pengglasieran berulang-ulang yang paling terkini sepanjang sejarah dunia. Batuan-batuan zaman ini terdiri daripada tanah liat, pasir, lumpur dan tanah gambut.




Peta 1: Daerah Karambunai


Pinggir Pantai
Pinggir pantai merupakan daratan yang berhampiran gigi air laut dan terlibat dengan pasang surut ombak. Pinggir pantai mengandungi pasir, tanah liat, lumpur, kelodak serta kulit cengkerang dan siput yang dibawa dari laut dan sungai. Pembentukan pinggir pantai melibatkan proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan. Agen-agen proses tersebut ialah air dan angin.   

Proses Bentuk Bumi Pinggir Pantai
1.Hakisan Ombak

·         Tindakan Hidraul
Tindakan hidraul melibatkan hakisan batuan di pinggir pantai yang berpunca daripda tenaga air laut itu sendiri. Proses ini berlaku apabila ombak atau gelombang merempuh retakan atau rekahan yang ada pada batuan tepi pantai seperti di tanjung dan di kaki cenuram. Air laut yang memasuki rekahan batuan akan memampatkan udara yang terdapat dalam rekahan tersebut dan rekahan itu akan mengembang.
·         Hakisan Geselan
Hakisan geselan melibatkan bahan-bahan yang dibawa oleh ombak daripada dasar dan permukaan lautan yang terdiri daripada beraneka jenis seperti serpihan batu, pasir, dan kelodak. Bahan ini akan menghakis tebing pantai tersebut apabila dibawa oleh ombak yang melakukan proses damparan secara berulang-ulang. Ombak bertindak seperti kertas pasir. Ombak yang terdampar di tebing akan menghakis serta mengaut bahan-bahan itu secara kikisan,ragutan dan geselan. Tanpa bahan ombak yang bertindak sebagai agen penghakis, proses geselan itu tidak akan berlaku.

Faktor-faktor Yang mempengaruhi Hakisan Pantai
Kecerunan Pantai
Pantai yang curam akan mengalami hakisan yang lebih tinggi berbanding pantai yang bercerun landai. Keadaan ini disebabkan ombak pecah yang berlaku di pinggir pantai yang landai akan mengalami geseran dan melemahkan tenagan ombak untuk melakukan hakisan.


Pengaruh Struktur Geologi
Tindakan ombak, terutamanya secara kikisan dan tindakan hidraul yang menghakis di sepanjang garis geologi yang lemah seperti gelinciran akan menghasilkan bentuk batu tunggul, batu sisa serta bentuk muka garis tebing tinggi yang telah terhakis secara tidak sekata.


Gambar 3 : Bentuk muka bumi kesan daripada hakisan ombak (http://gcgeografismkkn.blogspot.com/2012/07/11b-bentuk-muka-bumi-hakisan-ombak.html)
Kekuatan Ombak
Ombak adalah agen hakisan laut yang paling berkesan. Ombak terhasil akibat tiupan angin di permukaan laut. Tiupan angin ini menyebabkan permukaan laut beralun. Tiupan angin yang kuat akan menghasilkan gelombang yang lebih besar. Tenaga ombak juga penting dlam menentukan hakisan sama ada kuat, sederhana ataupun perlahan.



Gambar 4: Arus Lautan dan Pesisir Pantai (https://www.slideshare.net/asmawi1975/kuliah-10-78718299)
Arus lautan juga memainkan peranan sebagai pengangkutan laut, terutamanya di pantai yang lurus. Air yang dibawaa ke pantai oleh angin mengalir balik sebagai air pasang yang kuat. Air pasang berlaku pada waktu malam dan surut pada waktu siangnya.
Litupan Tumbuh-tumbuhan
Pantai yang mempunyai litupan tumbuh-tumbuhan seperti pokok ru, pokok bakau dan kelapa lebih berupaya menahan hakisan ombak kerana akar pokok-pokok tersebut bertindak sebagai pencengkam tanih dan pasir di pantai.


Angin
Angin merupakan agen pengangkutan laut. Apabila air laut surut, bahagian pantai yang terdedah ditiup oleh angin ke darat akan membentuk muka bumi yang lain. Anign yang menjadi pola pusaran air berhampiran pantai akan mempengaruhi bentuk muka bumi pinggir laut melalui pembantukan topografi dasar laut, pergerakan mendakan pinggir laut, pola penumbusan dan kekerapan tiupan angin.
Kedudukan Pantai
Pantai selari yang berteluk dan beralgun mempunyai kadar hakisan yang tidak sama antara satu sama lain. Profil pinggir pantai sama ada bercerun landai atau bercerun curam akan menentukan banyaknya tenaga hakisan ombak yang berlaku.


Gambar 6 : Orientasi Pantai (https://www.sabaheats.com/getaway-at-nexus-resort-spa-karambunai/)


Pengerakan Tektonik
Pergerakan plat tektonik yang berlaku iaitu pertembungan antara plat benu dengan plat benua.  Pertembungan ini terjadi apabila plat benua dan benua bertembung maka pinggir kedua-dua benua tersebut sekaligus termampat dan terlipat lalu akan membentuk banjaran gunung lipat. Ini kerana tidak ada plat yang menjunam ke bawah kerana kedua-dua plat benua mempunyai ketumpatan yang sama.
Pergerakan plat tektonik secara Pertembungan akan menyebabkan berlaku proses lipatan.  Lipatan terjadi akibat mampatan yang dihasilkan oleh pertembungan dua plat tersebut. Mampatan ialah daya yang bertindak terhadap sesuatu benda yang berbeza. Selain itu, batuan juga akan mengalami beberapa peringkat perubahan yang dapat menghasilkan pelbagai henis lipatan seperti lipatan simetri, lipatan tak sinetri dan lupatan lampau.




Tindakan Manusia
Aktivit-aktivti yang dijalankan oleh manusia boleh mempengaruhi kecerunan pantai. Aktiviti seperti penebangan hutan pantai untuk didirikan chalet atau resort, pengambilan pasir pantai dan juga aktiviti memperdalamkan muara sungai akan menyebabkan cerun pantai menjadi curam. Hal ini demikian kerana pantai ini akan mengalami hakisan yang kuat oleh ombak dan arus. Aktiviti menanam pokok dan membina benteng pemecah ombak akan menambahkan pasir di tepi pantai dan seterunya menjadikan cerum pantai lebih landai.

Gambar 7:  Benteng pemecahan Ombak( koordinat 6.042233,116.112930)
Bentuk Muka Bumi Hakisan Ombak
Tanjung dan Teluk
Tanjung dan teluk terbentuk secara serentak di kawasan yang pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan berselang-seli antara batuan lembut dengan batuan keras. Ombak akan menghakis batuan yang lembut seperti pasir dan batu kapur sehingga membentuk teluk manakala batuan yang keras seperti batu granit dan tanah liat akan tertinggal membentuk tanjung, iaitu kawasan daratan yang menganjur ke laut.

Gambar 8: Tanjung dan Teluk kawasan kajian ( https://geofizikal.wordpress.com/tag/tanjung-aru-kota-kinabalu/)
Tebing Tinggi dan Pentas Hakisan Ombak


Gambar 9: Pembentukan tebing tinggi dan pentas hakisan ombak ( Buku Geografi Penggal 1)
  
Pemendapan ombak
Sepanjang persisiran pantai di UMS ODEC beach, kami dapat melihat beberapa proses pemendapan. Antara bentuk muka bumi yang terhasil daripada pemendapan ombak iaitu tanjung dan teluk. Teluk merujuk kepada bahagian yang melengkung kearah daratan. Pembentukan ini disebabkan oleh agen seperti ombak yang menghakis batuan lembut seperti dolomit, batu kapur dan batu pasir. Hal ini akan menyebabkan bahagian tersebut terhakis dengan cepat kearah daratan lalu membentuk teluk. Manakala bahagian batuan yang keras seperti granit, gabro dan basol yang tahan hakisan ombak akan membentuk daratan yang menganjur ke laut dikenali sebagai tanjung. Kesanya, arus tersebut memendapkan bahan-bahan yang dibawa di sapanjang laut menghasilkan bentuk pemendapan seolah-olah seperti taji.
Gambar 10: Pemendapan Ombak (https://issuu.com/bukugeografi/docs/nota_pecutan_geo_spm_2013/15)

Seterusnya, pantai yang terhasil akibat pemendapan ombak. Pantai ialah satu kawasan pinggir laut yang terletak antara pasang surut air laut. Pembentukan pantai ini terdiri daripada beberapa bahagian antaranya ialah pantai rebut yang terletak pada aras yang paling tinggi dan terdiri daripada timbunan batu yang kasar. Manakala permatang pantai atau berm pula merupakan hasil longgokan batu kelikir oleh ombak Pembina. Pembentukan pantai ini terhasil daripada bahan yang diangkut oleh sungai seperti bahan regolit luluhawa dan bahan hakisan serta bahan-bahan dibawa oleh angina seperti debu dan pasir.
Selain itu, beting pasir yang merujuk kepada semua bentuk permatang pasir dan batu kerikir yang ditimbun oleh ombak di pinggir laut. Beting pasir terdiri kepada beberapa jenis antaranya ialah beting pasir luar pantai. Beting pasir luar pantai ini merupakan permatang pasir yang rendah dan selari dengan garis pantai. Beting pasir ini terletak di zon ombak pecah dan dipisahkan dari pantai oleh kawasan laut cetek yang dinamakan lagun. Sifat beting pasir ini tidak kekal dan akan musnah apabila dilanda oleh ombak rebut. Manakala beting pasir muka teluk dan beting pasir bucu pantai pula ialah kawasan pantai yang berteluk-teluk dan hampir menutupi muka teluk dari laut lepas. Proses pemendapan dari dua arah yang bertentangan menyebabkan hujung beting pasir tersebut bersambung lalu membentuk beting pasir bucu pantai. Tombolo pula terbentuk apabila arus persisir pantai mengangkut dan menyebarkan beting pasir dari pantai hingga bersambung dengan pulau yang berdekatan.


Proses pengangkutan pinggir pantai
Antara cara pengangkutan pinggir pantai adalah hanyutan pesisir pantai. Hanyutan ini disebabkan satu aliran air yang bergerak secara selari dengan pantai yang berpunca daripada pembiasan ombak. Proses ini akan menyebabkan bahan-bahan seperti pasir, kelodak, tanah liat dan batu kecil-kecil dibawa oleh ombak ke pinggir pantai dan akan menyebabkan bahan mendapan tersebut ditolak naik ke pantai. Manakala pengangkutan secara ampaian pula ialah bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan pinggir pantai yang hampir dengan permukaan. Proses ini melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti habuk serta bahan ini sering terampai-ampai berhampiran permukaan air.


Gambar 12: Pengangkutan Ombak (http://www.nexusresort.com/traveller’s-guide/what-to-do)
Cara pengangkutan yang seterusnya ialah cara golekan bahan mendapan. Pergerakan bahan atau batuan secara bergolek. Bahan-bahan yang bergerak secara bergolek ini merupakan bahan yang berat dan berbentuk bulat seperti batu tongkol. Selain itu, bahan-bahan ini diangkut secara seretan. Hal ini disebabkan bahan yang diangkut ini besar seperti batu tongkol. Proses ini berlaku sangat perlahan di bahagian dasar. Faktor yang mempengaruhi pengangkutan ini adalah mengikut saiz bahan, jenis dan bentuk bahan. Hal ini kerana bahan yang berat seperti batu tongkol diangkut secara golekan atau seretan manakala bahan yang berat dan berbentuk bulat pula diangkut secara golekan.
Teori Perubahan Aras Laut
Perubahan Aras Laut Eustatik
Faktor eustatik berkait rapat dengan perubahan aras laut yang disebabkan oleh pengaruh glacio-eustatism yang berkait dengan Zaman Pencairan Ais Batu secara Besar-besaran (Pliestosien) kira-kira satu juta tahun yang lampau. Kejadian ini melibatkan sekurang-kurangnya empat zaman ais dikenal sebagai Zaman Nebraskhan, Khansan, IIhonian dan Wicconsin. Pada kemuncak zaman ais ini, berlaku pembekuan secara besar-besaran di darat sehingga menyebabkan isi padu air laut berkurangan dan menyebabkan aras laut bertambah dan arasnya terangkat secara perlahan-lahan.

Proses proses pembentukan pantai di Pulau Sepanggar



Rajah 13 diatas menunjukkan foto udara kawasan Pulau Sepanggar.

Peta 2: Pulau Sepanggar

Sepanggar adalah salah satu subdaerah yang terletak di tepi pantai barat bandar kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Di pulau Sepanggar terdapat agen-agen hakisan seperti ombak yang membawa tenaga untuk mengangkut batuan-batuan dan merupakan agen pemecahan batuan. Ombak dan air pasang turut menyumbang kepada proses pembentukan pinggir laut disebabkan oleh mendapan yang berlaku di kawasan yang tidak mempunyai tenaga arus yang kuat. . Selain ombak, arus juga mempengaruhi proses pembentukan pantai. Terdapat tiga jenis arus yang bertindak iaitu arus seret, arus tempur serta arus persisir atau arus sepanjang pantai pulau Sepanggar, Kesemua jenis arus ini terbentuk hasil daripada kekacauan ombak yang tiba di pantai pulau Sepanggar. Ketiga-tiga jenis arus ini merupakan punca utama dalam mempengaruhi proses-proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan bahan mendak pantai untuk menghasilkan pelbagai bentuk yang menarik di kawasan pinggir pantai.

Aktiviti pasang surut air juga memberi kesan yang besar terhadap kawasan pinggir pantai. Ini disebabkan oleh satu fenomena yang sentiasa berlaku iaitu perubahan aras air laut yang disebabkan oleh kesan interaksi graviti bulan, bumi dan matahari. Perbezaan diantara tikas air pasang dan tikas air surut menjadi suatu tanda aras untuk mengukur setakat manakah proses hakisan dan pemendapan ombak akan berlaku. Seperti contoh di kawasan muara atau paya bakau, ia dapat membantu untuk mengenalpasti sejauh manakah had air pasang. Ia membantu untuk mengetahui kawasan manakah yang berlakunya proses pemendapan. Ketika air pasang, ia akan membawa segala bahan enapan dari laut dan akan memendapkannya ketika air menjadi surut. Proses pemendapan juga akan menjadi lebih laju akibat dari pertembungan air pasang dengan arus sungai yang menuju ke hilir. Oleh disebabkan itu, di kawasan paya bakau dan muara sungai terdapat pelbagai nutrien dan sumber makanan untuk pelbagai spesis hidup.

Di pinggir pantai kebiasaannya akan terbentuk pelbagai jenis batuan. Pinggir pantai yang terbina terdiri daripada jenis batuan yang lembut dan mudah untuk terhakis sama ada melalui cara geselan, larutan atau lagaan. Pinggir pantai yang terbina daripada batuan keras pula (dari jenis kumpulan batuan igneus) seperti batuan granit biasanya lebih keras dan susah terhakis. Di kawasan pantai pulau Sepanggar merupakan pantai yang terdiri dari batuan yang lembut oleh kerana aktiviti hakisan kerap berlaku.


Rajah 14 diatas menunjukkan rupa permukaan di pinggir pantai berserta kawasan hakisan ombak.





Di Sekolah Kebangsaan Pulau Sepanggar, didapati bahawa struktur tanah yang menampung bangunan berkenaan mengalami hakisan pantai akibat terdapat agen hakisan (ombak).


.

Binaan yang terkesan dengan hakisan pantai ialah kawasan yang menempatkan sistem solar hybrid bernilai hampir setengah juta ringgit bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik yang terletak hanya bersebelahan dengan blok bilik darjah itu.


Hakisan dan Pemendapan Pinggir Pantai
Proses pemendapan berlaku kerana bahan-bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan (tenaga) pinggir pantai telah dimendapkan di pantai atau berhampiran pantai oleh agen-agen pemendapan pinggir laut seperti ombak, arus dan pasang.

Proses berlaku
Bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan (tenaga) pinggir pantai telah dimendapkan kerana daya tenaga yang ada di kawasan tersebut berkurang.

Faktor Mempengaruhi Hakisan Dan Pemendapan
1. Ombak dan arus
Hakisan pinggir berlaku dengan giat sekiranya ombak yang menyerang pinggir pantai adalah jenis ombak pembinasa atau ombak yang lebih bertenaga akan giat menghakis kawasan pinggir pantai. Hal ini berlaku kerana arus bergerak selari dengan pantai akan memudahkan berlaku hakisan. berupaya untuk menghakis dan memindahkan bahan dari satu tempat ke tempat yang lain.

2. Kecerunan
Pantai yang bercerun curam biasanya mengalami hakisan yang lebih giat. Bahan-bahan    pinggir pantai lebih mudah diangkut ke laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai. 

3. Jenis dan saiz bahan-bahan muatan
Beban yang mengandungi batuan kelikir lebih senang di angkut oleh tenaga ombak dan dimendapkan. Mendakan batuan kelikir akan membentuk pantai yang lebih luas dan lebar.





Bentuk Muka Bumi Pemendapan
Konsep pantai
Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan dan sebagainya di kawasan pinggir pantai iaitu antara air surut dengan air pasang hasil tindakan agen-agen (tenaga) pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan arus.  

Teori Perubahan Aras Laut
Perubahan aras laut tektonik
Peningkatan aras laut yang disebabkan oleh pergerakan endogenetik (dalaman bumi) terutama di dasar laut seperti letupan gunung berapi, gelinciran dan sebagainya. Hanya melibatkan kawasan yang kecil atau kawasan-kawasan yang tertentu sahaja. Perubahan aras laut mendapan berpunca daripada pertambahan bahan-bahan mendapan di dasar laut atau lautan. Mendapan ini berasal daripada kawasan-kawasan pinggir pantai yang terhakis.
  

Alamat Lokasi Berkaitan: Gaya Island, Sabah, Malaysia



Peta 3: Pulau Gaya

* lat/lon: 6°1'5" N,   116°1'47" E
* lat/lon: 6.0179966,   116.0298475
* lat/lon: 6° 1.0798 N,  116° 1.7909 E
* UTM: 50N  392632.2  665289.3
* MGRS: 50NLM  92632  6528


Peta Satelit: Pulau Gaya Sabah


Peta geologi: Pulau Gaya Sabah
Sebelum Zaman Ais, ia membentuk sebahagian daripada julat ‘Crocker Range’ batu pasir dan sedimen di tanah besar. Walau bagaimanapun, kira-kira sejuta tahun yang lalu, ais lebur yang membawa perubahan pada paras laut dan sebahagian daratan telah terputus oleh laut lalu membentuk kepulauan Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Bukti ini dapat dilihat dari batu pasir terdedah garis pantai yang membentuk tebing, gua, ‘honeycombs’ dan rekahan dalam.


Lithology        : Eocene – Oligocene
                        : Red calcareous sandstone and shale
                          Flysch-type sandstone, shale, siltstone with rare tuff, limestone breccia and
  agglomerate
Formation        : Kulapis (P²Ks)
  Crocker (P²Cr)
Hakisan yang berlaku di Pulau gaya : (Hakisan pinggir pantai) -
Hakisan pinggir pantai berlaku akibat proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan di antara daya semula jadi yang saling bertindak di pesisir pantai dimana ia merujuk kepada suatu proses penghausan, pengukiran dan pemindahan bahan di kawasan pesisir pantai oleh agen-agen hakisan pinggir pantai seperti ombak, tsunami, arus dan pasang surut. 
      
Geselan disebabkan tindakan bahan-bahan yang di bawa oleh ombak. Bahan seperti serpihan batuan, kelikir, pasir, batu lada dan sebagainya menggesel batuan pinggir pantai. Semakin banyak bahan yang dibawa oleh ombak, semakin giat hakisan geseran yang berlaku.

Larutan pula disebabkan oleh proses hakisan secara kimia di mana air laut bertindak melarutkan batuan yang terdapat di pinggir pantai. Ianya berkesan ke atas batuan yang mudah larut seperti dolomit dan batu kapur.